Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Tentang Kami - Arramy.com - Arramy Achership Supply

Tentang Kami – Arramy.com

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Ar-ramy atau ar-ramyu adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud lempar, tembak atau panah. Ia sebenarnya mempunyai maksud yang luas dan boleh mewakili apa sahaja maksud perbuatan menyerang dengan senjata projektil jarak jauh, yang mana termasuklah senjata-senjata api moden dan peluru-peluru berpandu dengan kekuatan memusnah yang dahsyat.

Seni Panah di Arramy.com

Seni Panah (Archership) adalah ritual latihan seni kemahiran tempur jarak jauh (markmanship) yang terunggul. Kemahiran tempur jarak jauh adalah kemahiran fitrah manusia sebagai asas kelangsungan hidup, seperti mana silat iaitu kemahiran tempur jarak dekat. Seni Panah adalah ritual latihan yang menyeluruh dan seimbang. Ia melatih dan memperkaya sensori dengan ketepatan dan kejituan di samping mempertajam daya tumpu, seiring dengan penambahan kekuatan fizikal sebagai akibat langsung dari ulangan dan penglibatan yang berterusan.

Memanah untuk Sunnah dan Ummah

Seni Panah adalah misi dan amalan hidup untuk menguatkan dan melengkapkan diri. Penubuhan Arramy Archership Supply adalah untuk menyokong sunnah memanah dan mendorong ummah bangkit dari kelesuan hidup di zaman teknologi untuk kembali kepada jalan naluri dan fitrah, seperti mana di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabah RA dan zaman-zaman silam.

Misi dan Visi

Di Arramy.com, misi kami adalah;

  1. Mengajak kepada kepercayaan kepada Tuhan yang esa, ketaatan kepada pemerintah dan kepatuhan kepada undang-undang dan ketata-susilaan.
  2. Bersama mengangkat disiplin Seni Panah sebagai ritual latihan wajib yang mana adalah sunnah utama Rasulullah S.A.W. dan para sahabah R.A. ajma’in dan adalah riadah yang disukai Allah.
  3. Membekalkan peralatan memanah pada harga yang sangat kompetitif dan menjadikan sukan memanah lebih mampu-milik kepada orang kebanyakan.
  4. Mewujudkan ruang perkongsian dalam menyampaikan pengetahuan dan ilmu seni memanah yang terpinggir dari ruang hidup masyarakat dewasa ini di Malaysia.
  5. Mengembangkan komuniti pemanah aktif Malaysia dengan menonjolkan kelebihan memanah berbanding sukan-sukan lain dan sebagai elemen latihan persenjataan.
  6. Mengajak ummah kepada Seni Panah dengan pendekatan secara hujah bahawa memanah adalah sunnah yang kekal relevan sehingga akhir zaman.
  7. Maklumat semasa tentang disiplin memanah, teknologi, produk peralatan memanah dan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Kepatuhan kepada Undang-Undang

Seni Panah digazetkan sebagai satu bidang sukan di Malaysia dan dilindungi oleh peruntukan undang-undang dan akta sukan yang berkenaan. Adalah menjadi hak setiap rakyat untuk mengamalkan Seni Panah sebagai riadah dan beraktif di dalam sukan. (Laws of Malaysia – Sports Development Act 1997).

Arramy Archership Supply menganjurkan Seni Panah sebagai elemen kesukanan dan mengajak kepada keharmonian dan kepatuhan kepada undang-undang. Kami tidak mendokong mana-mana fahaman bersifat khianat dan perilaku menggunakan peralatan memanah di luar batas undang-undang.

Laman web kami tidak menjual panah silang (crossbow) yang dikategorikan sebagai senjata berbahaya berjadual (Jadual Kedua- Seksyen 2 dan 12) AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.

Arramy Archership Supply

Seni Panah adalah urus-niaga kami dan adalah menjadi misi kami untuk membekal kepada keperluan pelanggan kami di Malaysia dengan peralatan memanah yang bermutu tinggi pada harga patut. Arramy Archership Supply bersedia memenuhi permintaan untuk pelbagai jenis busur; seperti busur kompaun, busur berangkai, busur tunggal, busur tradisional, anak panah dan lain-lain peralatan memanah untuk segala maksud disiplin Seni Panah.

Kami berikrar untuk istiqamah mengembangkan rangkaian produk yang ditawarkan untuk membantu mengembangkan kemahiran pelanggan kami dalam disiplin Seni Panah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah barang siapa yg menghidupkan sunnah-sunnahku setelah aku mati nanti, maka dia akan mendapatkan pahala sebesar pahala orang yang mengerjakannya, tanpa dikurangi sedikitpun. Barang siapa yg mengikuti bid’ah sesat yang tidak disukai Allah dan Rasul-Nya maka dia akan mendapatkan dosa sebesar dosa orang yang mengerjakannya, tanpa dikurangi sedikitpun.”
-Hadith Riwayat Turmuzi dan Ibnu Mâjah

Terima kasih kerana sudi singgah ke halaman Seni Panah kami.

pemanah-berkuda