Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Memanah secara Sunnah – Bahagian 1 - Arramy Achership Supply

Memanah secara Sunnah – Bahagian 1

| March 31, 2013 | 2 Komen

in the name of God, the supremely merciful, the most kind
JIhad fi SabilillahSecara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu memanah secara naluri (instinctive) dan pandangan (sight). Busur ringkas moden, iaitu busur tunggal (single/one piece bow) dan busur berangkai (take-down bow) sebenarnya berada di bawah sub-kategori memanah naluri; iaitu separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga anak panah (arrow rest). Berbanding pemanah busur ringkas moden dan tradisional, pemanah busur kompaun pula sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah; seperti dapat dikiaskan pada perbezaan antara sunnah memanah vs. memanah secara sunnah.

Di dalam beribadah; “tidur orang alim adalah lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Ini kerana kesempurnaan dalam beribadah adalah pada ilmu, kerana tanpa ilmu mustahil ada penghayatan pada amal ibadah. Walhal dengan ilmu, suatu pekerjaan biasa juga boleh menjadi satu ibadah. Ibadah hanya berlaku apabila seseorang boleh membuat perkaitan antara suatu perbuatan itu dengan rasa perhambaan kepada tuhan.

Artikel ini cuba mengupas apakah pengertian, kaedah atau teknik untuk memanah secara sunnah. Supaya seseorang itu dapat mencapai sepenuhnya nilai ibadah dalam memanah, dalam sebaik-sebaik mencontohi perilaku dan perbuatan baginda Rasulullah SAW, insan teragung yang dilahirkan kepada umat manusia dan seterusnya sebagai perakuan perhambaan diri kepada Pemilik sekalian alam semesta, Allah yang memiliki Arasy yang Agung.

Apakah sebenarnya definisi memanah secara sunnah?

Dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

Untuk memberi definisi kepada memanah perlu diketahui apa yang dikehendaki pada memanah itu adalah kekuatan. Dalam memberi definisi kepada memanah secara sunnah, supaya ianya mencapai tahap ibadah, ada komponen zahir (perbuatan) dan juga batin (niat). Melalui komponen zahir dan batin ini lahirlah kekuatan luaran dan dalaman kepada pengamal seni panah sunnah.

Komponen Batin – Kekuatan dalaman dari kerana niat

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang akan memperolehinya atau wanita yang ingin dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
– Hadith riwayat Bukhari Muslim

Dalam artikel-artikel  sebelumnya, kami ada menghuraikan tentang kepentingan memanah kepada kekuatan ummah dalam berjihad. Ini kerana pada situasi-situasi tertentu, adalah wajib ke atas setiap insan mukallaf membentuk unit terkecil ketenteraan di dalam jihad fi sabilillah. Tidak pengasingan antara yang tentera dan bukan tentera, atau antara polis dan orang awam sebagaimana yang berlaku pada dunia hari ini.

Walaupun jihad itu sendiri ada dua kategori, iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain, namun pada peringkat persendirian, setiap orang WAJIB mempersiapkan dirinya dan tidak boleh mencari peluang melepaskan tanggung-jawab ke atas bahu orang lain.

Membuat persiapan untuk perang jihad itu adalah WAJIB, manakala pergi berperang itu boleh jadi Fardhu Kifayah atau Fardhu Ain.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad (perang) dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad (perang), ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
– Muttafaq Alaih

Berbalik kepada niat, maka adalah penting untuk masing-masing memastikan bahawa niat memanah adalah sebagai persiapan untuk jihad fi sabilillah dan tiada yang lain. Barang-siapa yang memanah kerana hobi, budaya, riadah dan sebagainya, maka setakat itu sahajalah ganjaran amalannya.

Kalau sudah benarlah niat seseorang itu, maka inilah yang akan menjadi pendorong, iaitu sumber yang akan memberi motivasi dan semangat juang yang berterusan kepada dirinya untuk bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam memperbaiki permainannya di dalam memanah. Dengan niat yang benar, dorongan yang terhasil seumpama arus sungai yang mengalir tanpa henti, menjadikan dirinya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat pada jalan kebenaran dan mencari-cari peluang untuk berada pada jalan perjuangan. Inilah kekuatan yang tiada galang-gantinya, yang membezakan seseorang itu dengan hamba Allah yang lain yang sedang asyik dengan hal-hal keduniaan.

…bersambung di Memanah secara Sunnah – Bahagian 2.
pemanah-berkuda

Difailkan dalam: Artikel
×

2 Komen kepada "Memanah secara Sunnah – Bahagian 1"

Trackback | Suapan RSS Komen

  1. Jane says:

    terima kasih atas info sukan memanah….mohon share bagi bahan rujukan 🙂

Hantar Komen Anda