Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Pengenalan kepada Busur Tradisional - Arramy Achership Supply

Pengenalan kepada Busur Tradisional

| March 8, 2013 | 0 Komen

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Traditional Recurve Bow

BUSUR TRADISIONAL

Busur tunggal tradisional adalah sejenis busur refleks dan lebih menepati ciri-ciri busur sunnah. Rekabentuk busur tradisional adalah panahan-dinamik (dynamic-shot), iaitu semasa memanah, kepala anak panah diletakkan sedikit terkeluar dari garisan satah panahan kerana perlu disandar ke atas belakang ibu jari pemanah yang menggenggam pemegang busur. Apabila dilepaskan, anak panah akan meliuk semula mengikut arah sebenar daya tujahan busur setelah batang panah melepasi kawasan pemegang.

Lantunan anak panah (arrow deflection) adalah maksimum pada busur tradisional, pemilihan batang anak panah yang keras akan menyebabkan panah gagal membuat pembetulan untuk bergerak dengan lurus sebelum sampai kepada sasaran. Fenomena ini dikenali sebagai ‘The Archer’s Paradox’ yang menyebabkan pemanah perlu membuat penyesuaian semasa panahan dengan membidik ke tepi sasaran sebenar.

Busur tradisional dapat dikenal-pasti dengan mudah kerana ia tidak mempunyai tempat sandaran anak panah pada busur. Berbanding jenis-jenih busur yang lain, kepala anak panah diletakkan di sisi dalam* busur tradisional semasa memanah supaya anak panah dapat dicagak dan ditarik dengan paling cepat.  Ini dapat menjimatkan pergerakan dan masa tanpaanak panah perlu melangkahi busur ketika mencagak anak panah. (sisi dalam* iaitu sebelah sisi busur yang lebih dekat kepada tangan yang menarik anak panah).

Busur, panah dan sarung

Busur tradisional mempunyai antara 2-3 tangga gred dari segi kualiti dan dibuat dengan tangan oleh pakar-pakar pembuat busur. Busur tradisional yang bermutu dan terkenal ada antaranya berasal dari Turki, Eropah ataupun Korea. Bahan pembuatan selalunya adalah gabungan bahan-bahan gentian semulajadi seperti kayu, tanduk, kulit, urat, gam ikan, buluh, sinew dan sebagainya. Ada juga yang diperbuat dengan kaedah dan bahan gentian/komposit moden, dan juga diperbuat secara hibrid antara bahan-bahan semulajadi dan bahan moden.

Kebiasaannya busur yang lebih mahal iaitu dari gred terbaik dibuat dari bahan-bahan yang ringan dan lebih tahan lama serta berprestasi tinggi. Kadang-kadang tempahan untuk busur berkualiti tinggi boleh mengambil masa yang lama selama berbulan-bulan.

Dikategorikan sebagai busur memanah dengan naluri kerana bahagian hadapan anak panah disandar ke atas belakang tangan/ibu jari pemanah dan menggunakan kaedah menarik dan melepas dengan jari tangan, samada menggunakan ibu jari dan cincin (gaya Monggol), atau dengan 3 jari dan sarung tangan/pelapik jari (gaya Mediterranean).

Traditional Archer

Teknik memanah naluri dengan gaya tarikan ‘Monggol’

 

Kelebihan:

  • Kelajuan panahan adalah lebih baik dan berada sedikit di bawah prestasi busur kompaun.
  • Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  • Pemanah secara naluri biasanya bergaya dengan busana tradisional semasa acara memanah.
  • Busur dan aksesori menggunakan banyak bahan semulajadi.
  • Satu-satunya jenis busur untuk teknik naluri yang sesuai untuk memanah semasa di dalam pergerakan; seperti berkuda.

Kekurangan:

  • Kedua jenis busur ini lebih susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa, komitmen dan tenaga untuk belajar dan berlatih.
  • Selain perlu ditempah, harga busur dan aksesori yang berkualiti untuk tema memanah ini adalah mahal.

Teknik: Memanah Naluri (Instinctive Archery)

…bersambung di artikel seterusnya.

pemanah-berkuda

Difailkan dalam: Artikel
×

Hantar Komen Anda