Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Pengenalan kepada Busur Tunggal dan Berangkai - Arramy Achership Supply

Pengenalan kepada Busur Tunggal dan Berangkai

| March 3, 2013 | 4 Komen

in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Modern Recurve Bow

Busur Tunggal dan Busur Berangkai

Busur berangkai (3-piece recurve bow) dan busur tunggal (single/one-piece recurve bow) termasuk di dalam kategori busur ringkas moden. Rekabentuk busur adalah panahan-lurus (straight-shot), iaitu mempunyai keluk pada busur untuk tempat penyangga anak panah dan sebagai jendela laluan ke sasaran, pada satu satah dengan daya tujahan busur.

Yang membezakan antara kedua jenis busur ini adalah busur berangkai lebih mudah dibawa kerana boleh diceraikan kepada komponen komponen yang lebih kecil, iaitu pemegang (riser) dan mempunyai lengan (limb) yang boleh ditukar-tukar untuk beban tarikan yang berbeza. Kedua-dua jenis busur ini mempunyai paling banyak variasi dan kombinasi, baik dari segi bahan pembuatannya, juga dari segi teknik penggunaannya.

Dari kiri: Busur Tunggal dan Busur Berangkai

Dari atas ke bawah: Busur Tunggal dan Busur Berangkai

Busur berangkai dapat dipisahkan kepada lengan atas dan bawah, dan pemegang dengan hanya menanggalkan dua skru atau pengapit. Pemegang biasanya diperbuat dari kayu berlapis atau aloi seperti aluminum dan magnesium. Manakala busur tunggal  dan lengan busur diperbuat dari kombinasi kayu berlapis, busa dan gentian komposit dari kaca dan juga karbon. Kebiasaannya busur yang lebih mahal dibuat dari bahan-bahan berkualiti yang ringan dan kuat, dan lebih halus dan tinggi teknologi pembuatannya.

Kecuali busur tunggal, busur berangkai (versi olimpik) juga boleh menggunakan alat pemandang dan kit pelepas untuk memanah dengan teknik pandangan. Secara umumnya, kedua-dua jenis busur ini dikategorikan sebagai busur separa-naluri kerana mempunyai penyangga (rest) anak panah pada tepi busur. Perbezaan aplikasi memanah antara teknik pandangan dan separa-naluri adalah pada titik penjangkaran (anchoring point), di mana teknik pandangan menjangkar pada kedudukan lebih rendah (tali pada tengah dagu dan sisi jari telunjuk di bawah rahang).

Recurve Bow diagram

Teknik memanah separa-naluri dengan gaya tarikan ‘meditteranean’

Kelebihan:

  • Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  • Kos yang paling murah untuk mula memanah adalah secara separa-naluri.
  • Mempunyai banyak kombinasi aksesori dan teknik memanah; secara separa-naluri atau dengan pandangan, dan variasi pada kedudukan jari semasa membuat tarikan.
  • Busur berangkai mudah dibawa di dalam beg yang lebih kecil.

Kekurangan:

  • Kelajuan panahan berada di bawah prestasi busur kompaun dan busur tradisional.
  • Kedua jenis busur ini sedikit susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk berlatih.
  • Harga busur, aksesori dan komponen berprestasi tinggi adalah mahal.
  • Busur tunggal bersaiz agak panjang (antara 54-62 inci), melebihi saiz yang dibenarkan untuk dipos keluar negara dan kurang sesuai dibawa ke sana-sini.

Teknik: Memanah dengan Separa-naluri (Semi-Instinctive Archery) dan Memanah Pandangan (Sight archery)

…bersambung di artikel seterusnya.

pemanah-berkuda

Difailkan dalam: Artikel
×

4 Komen kepada "Pengenalan kepada Busur Tunggal dan Berangkai"

Trackback | Suapan RSS Komen

  1. earlfan says:

    Klau arramy berpindah bagaimana sy hendak membeli busur

  2. Shah says:

    Salam.tuan blh sya dptkn hrga busur ni ke? Teringin nk bsukan tnpa sewa kat org hehe

Hantar Komen Anda