Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Tahukah Kamu Kekuatan itu Ada pada Memanah? - Arramy Achership Supply

Tahukah Kamu Kekuatan itu Ada pada Memanah?

| February 26, 2013 | 5 Komen

in the name of God, the supremely merciful, the most kindTelah bersabda Rasulullah SAW:

“Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah? “
– Sahih Muslim Hadith no. 4711

Sedang dari hadith yang lain, dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

pemanah

Dalil-dalil di atas adalah asas yang paling kuat bahawasanya memanah adalah sangat dituntut di dalam Islam.

Pemanah dan Perang di dalam Sejarah Islam

Di peringkat awal penentangan terhadap kaum musyrikin Mekah, diriwayatkan tentang pasukan pemanah tentera Islam pimpinan Abdullah bin Jubayr RA telah menyebabkan kucar-kacir seterusnya kekalahan di dalam perang Uhud apabila sebahagian dari mereka turun meninggalkan posisi pertahanan di tepi bukit kerana ingin berebut mengambil ghanimah dengan pasukan di barisan hadapan setelah menyangkakan pasukan Islam telah beroleh kemenangan.

Dapat diperhatikan, pasukan pemanah mempunyai kelebihan strategik yang boleh mempengaruhi keputusan akhir peperangan. Pemanah menjadi tunjang kepada kekuatan tentera Islam di zaman Rasulullah SAW. Sebab itu ketumbukan tentera pemanah adalah aset yang digeruni yang secara bersendiri mampu bertindak sebagai faktor pencegah (deterrent factor) kemaraan pihak musuh.

Banyak ulama dalam menghurai hadith berkenaan memanah cenderung untuk menyimpulkan bahawa seni memanah merupakan kekuatan paling utama di dalam perang di zaman Rasulullah SAW, jadi yang dimaksudkan oleh suruhan baginda sebenarnya adalah untuk mendapatkan kekuatan ketenteraan yang terhebat dalam membuat persiapan untuk perang.

Sunnah yang Lapuk?

Hari ni, dalam era misil balistik antara benua (ICBM) yang berkeupayaan nuklear, apakah memanah masih lagi sunnah yang relevan? Apakah kita perlu meninggalkan busur dan anak panah, kerana ia tidak lagi kekuatan ketenteraan yang terhebat, malah adalah lapuk kalau hendak dibandingkan dengan senjata api yang paling kecil sekalipun dari segi kekuatan memusnah?

Almalhamah

Berperanankah lagi busur dan panah hari ini, sebagai persiapan perang ummah untuk menghadapi serangan dari pelbagai pelusuk dan penjuru dari musuh-musuh Islam?

Berperanankah lagi busur dan panah hari ini, untuk para mukmin dalam mempersiapkan diri menyahut seruan jihad, mencari syahid di zaman penuh pancaroba fitnah?

Bagaimanakah pula peranan busur dan panah di dalam perang segala perang, di kemuncak kebinasaan akibat kejahatan tangan-tangan manusia wali-wali syaitan di dalam Almalhamah Kubra?

Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW

Siapakah di kalangan kalian yang sanggup memilih untuk bersama-sama kegemilangan hari semalam dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabah RA yang dicintai?

Dari Ibnu Abbas RA, dari Rasulullah SAW beliau bersabda:
“Barang siapa yang berpegang teguh pada sunnahku di tengah kerusakan ummatku, maka dia akan mendapatkan pahala seratus orang yang shahid”.
-Hadith Riwayat Baihaqi & Imam Thabrani

Apakah rahsia di sebalik matan “ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah”, sehinggakan Rasulullah SAW mengulanginya sehingga 3 kali?

Kami di Arramy.com mengajak para pembaca yang budiman bersama-sama menelusuri dan mengkaji sunnah Rasulullah SAW tentang busur dan panah dan peranannya di era papan kekunci, komunikasi satelit dan drone tanpa pemandu yang menyaksikan serangan yang begitu dahsyat boleh dilakukan dengan mudah dari beribu batu jauhnya.

…bersambung di artikel seterusnya.

pemanah-berkuda

 

Difailkan dalam: Artikel
×

5 Komen kepada "Tahukah Kamu Kekuatan itu Ada pada Memanah?"

Trackback | Suapan RSS Komen

  1. sartono says:

    Assalamualaikum.wr.wb.
    pak. mau tanya bagaimana cara memesannya alat panahan ada berapa jenis pak.

  2. Yuni says:

    Assalaamu’alaikum tuan,

    Saya pernah diberitahu bahawa memanah adalah sunnah bagi lelaki, tapi bukan sunnah bagi perempuan.
    Adakah pendapat ini benar?

    • Arramy Arramy says:

      Waalaikumussalam,

      Banyak kisah-kisah masyhur berkenaan tokoh-tokoh mujahidah yang pernah ikut berperang semasa zaman Rasulullah SAW, mereka berperang dengan pedang, tombak dan panah. Dari sudut kewajiban untuk menyertai perang, wanita adalah dikecualikan, tetapi tidak pula dilarang. Sementara dari sudut tuntutan untuk mempelajari kaedah berperang/mempertahankan diri, ianya adalah harus. Ianya masih dianggap adalah sunnah kerana ada dari kalangan para sahabiyah yang turut melakukannya.

  3. rosyid says:

    jazakallahu khairan
    izin share

Hantar Komen Anda