Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php:73) in /home/arram6/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Arramy Archership Supply http://arramy.com Memanah untuk Sunnah dan Ummah Wed, 30 Jul 2014 06:21:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.7.5 Jenis-jenis Busur Tradisional http://arramy.com/artikel/jenis-jenis-busur-tradisional/ http://arramy.com/artikel/jenis-jenis-busur-tradisional/#comments Thu, 20 Feb 2014 14:38:46 +0000 http://arramy.com/?p=9260 in the name of God, the supremely merciful, the most kindTerdapat banyak rekabentuk busur tradisional yang diberi nama mengikut negara, bangsa dan puak tertentu; seperti Turki, Monggol, Han, Avar, Assyria, Parsi, Mesir, Tartar, Cina, Manchu, Rum, Hungary (Magyar), Skitia, India, Bashkir, Korea (Hwarang), Jepun (Yumi) dan sebagainya. Sukar untuk membuat penilaian ke atas busur-busur ini berdasarkan nama mereka sahaja melainkan dengan melihat kepada bahan-bahan dan kaedah pembuatan busur-busur itu sendiri.

assyrian archer mural

Semua busur tradisional yang dihasilkan pada hari ini, adalah satu bentuk interpretasi oleh tukang-tukang busur terhadap bentuk-bentuk busur zaman lampau, melalui bahan-bahan bertulis dan arkib sejarah, untuk menghasilkan semula busur-busur rekabentuk tertentu dengan bahan dan kaedah baru, atau lama, atau gabungan kedua-duanya. Misalnya, busur Monggol buatan Toth Zoltan berbeza kaedah pembuatan, bahan-bahan, kemasan dan rupa luarannya berbanding yang dibuat oleh Grozer Csaba, apatah lagi kalau dibandingkan dengan buatan tukang di Mongolia.

Dengan pembahagian kepada kategori-kategori berikut, perbezaan dapat dilihat dengan lebih ketara, dan seterusnya dapat dibuat penilaian lanjut tentang pro dan kontra sesuatu busur itu, dari segi kualiti pembuatan (bahan-bahan, ketahanan, kemasan), kualiti panahan (rasa tarikan; di permulaan dan tarikan maksimum (stacking)), prestasi (kelajuan anak panah, panjang tarikan maksimum), berat dan saiz, rupa-bentuk dan keaslian sesuatu busur yang terhasil.

Busur Asas / Self Bow

Busur Rasulullah SAW dari sebatang buluh

Binaannya hanya dari sekeping kayu atau buluh. Pembuatan melibatkan proses memotong, mengetam dan mengikis, di samping proses membentuk dan meluruskan secara rawatan haba/api. Biasanya bahan dipilih dari jenis kayu tumpat/teras (heartwood). Busur paling terkenal adalah busur Nabi Muhammad SAW yang tersimpan di Muzium Topkapi di Turki yang diperbuat dari buluh. Kerana memerlukan saiz yang panjang, maka ia tidak sesuai digunakan untuk memanah berkuda. Selain itu, ia juga adalah sejenis busur lurus, dan tidak termasuk ke dalam kategori busur refleks yang lebih canggih.

Busur PVC / PVC Bow

Secara rekabentuk busur ini adalah busur tradisional instinktif, walaupun bahan asasnya adalah sejenis plastik. PVC adalah sejenis termo-plastik resin, yang lembut apabila dipanaskan. Cara pembuatan adalah dengan mengambil paip PVC yang boleh dibeli di kedai-kedai logam dan dipanaskan menggunakan pistol haba (heat gun), seterusnya dibentuk kepada bentuk yang diingini apabila bahan telah menjadi lembut.

Busur ini biasanya dipasarkan sebagai busur murah untuk bermula memanah, walaubagaimanapun, ia mempunyai kekurangan yang sangat ketara, iaitu jangka-hayat yang terhad disebabkan kelemahan bahan PVC. PVC adalah reaktif kepada ulangan regangan dan tekanan semasa memanah. Secara progresif, ia melemahkan ikatan molekul PVC sehingga akhirnya menyebabkan retakan mikroskopik dan menghasilkan kepanasan pada titik paling regang. Ini dikenali sebagai ‘material fatigue’ di dalam ilmu sains bahan dan akan menyebabkan busur mudah patah.

Busur Logam / Metal Bow

Busur Besi Mughal

Sejarah busur logam adalah sangat pendek, ianya bermula apabila teknologi pembuatan busur refleks bio-komposit tradisional telah mencapai kemuncaknya dan sehingga datangnya era senjata api. Hari ini, boleh dikatakan tiada tukang busur yang masih membuat busur logam dan ianya adalah ilmu yang telah pupus. Karakteristik unik busur jenis ini adalah ia mempunyai profil yang hampir sama sebelum dan selepas tali busur dipasang, kerana sifat daya lentur bahan logam yang tinggi. Bahan asas busur logam adalah besi, tembaga atau campuran aloi.

Busur jenis ini muncul di sekitar rantau Indo-Parsi dan jarang-jarang ditemui. Disebabkan ia diperbuat dari bahan logam, busur yang asal masih terpelihara dalam keadaan baik dan mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran barangan antik.

Busur Resin Gentian-kaca / Resin Fiberglass Bow

Untuk busur jenis ini, tukang-tukang busur menggunakan E-fiberglass yang dibentuk di dalam acuan dan resin sintetik sebagai gam, untuk menghasilkan keseluruhan badan busur (bahagian pemegang, lengan atas dan bawah) secara tunggal. Subjektif kepada rekabentuk, ia kemudiannya disambung dengan siyah dari kayu pada kedua-dua hujung. Bahagian yang diperbuat dari gentian-kaca kemudiannya ditutupi dengan lapisan kulit dan dihias. Kerana pembuatannya lebih mudah, kebiasaannya, busur dari jenis ini dijual dengan harga yang paling murah berbanding lain-lain jenis busur tradisional komersil. Busur jenis ini agak lasak dan mempunyai prestasi panahan yang baik.

Busur resin fiberglass Toth Monggol dan Grozer Rum

Busur resin fiberglass Toth Monggol dan Grozer Rum

Walaupun begitu sesetengah tukang busur seperti Grozer membuat busur resin gentian-kaca dengan tarikan yang agak ketat, menjadikannya kurang sesuai untuk yang baru bermula memanah. Busur jenis ini kebiasaannya mempunyai panjang tarikan maksimum sehingga 29 inci atau kurang sahaja. Lengan-lengan busur kompaun yang berprestasi tinggi adalah diperbuat menggunakan kaedah ini, jadi ia tidak boleh dikatakan sebagai teknik pembuatan yang tidak bermutu. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Toth Zoltan, busur Toth Istvan, busur Tamas Kovacs dan juga busur asas Grozer (basebow).

Busur Kayu Berlapis / Wooden Laminated Bow

Kebanyakan busur tradisional dengan kualiti yang lebih baik adalah terdiri dari jenis ini. Bahan asas adalah lapisan-lapisan kayu sebagai teras utama yang digamkan di bawah tekanan berselang-seli dengan bahan gentian-kaca. Jenis kemasan selalunya mengikut jenis kayu pada lapisan paling luar; seperti Ash, Zebrano, Mahogany, Yew, Black Poplar, Indian Cherry dan sebagainya, manakala teras utama hanya dari jenis kayu tertentu sahaja. Selain kemasan kayu semula-jadi, ada juga kemasan cat atau disudahi dengan elemen dekoratif dan motif tradisional. Di samping itu, ia dilengkapi dengan aksesori tambahan pada busur menggunakan bahan dari kulit dan tanduk binatang.

Busur kayu berlapis Oszkar Magyar dengan plat tanduk pada siyah

Busur kayu berlapis Oszkar Magyar dengan plat tanduk pada siyah

Busur kayu berlapis dikenali kerana mempunyai tarikan lembut dan lancar. Walaupun berada di tangga kedua pada hirarki harga, ia sebenarnya sangat disarankan untuk bermula dalam memanah. Terdapat busur jenis ini, seperti busur Oszkar dari Hungary yang dijual lebih murah berbanding busur resin gentian-kaca. Busur kayu berlapis boleh mempunyai panjang tarikan maksimum antara 30-33 inci, bergantung kepada teknik pembuatan dan rekabentuk.

Ratio campuran dan jenis bahan gentian-kaca dan resin sintetik yang digunakan adalah rahsia utama tukang-tukang busur yang dijaga rapi kerana ia mempengaruhi kelembutan tarikan busur. Disebabkan faktor ini, busur Saluki mendapat perhatian ramai dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Oszkar, Kassai, Grozer, Szaloki, Saluki, Vegh, Akos, Tarvei dan lain-lain.

Busur Kaya dari Korea berada di dalam kategori yang sedikit terasing dan boleh diletakkan di dalam kategori hibrid moden kerana meletakkan bahan karbon di lapisan dalaman, iaitu pada perut busur. Ia juga satu-satunya jenis busur yang menggunakan bahan fabrik sebagai kemasan luar. Busur tradisional barat; seperti busur Panjang (Long bow) dan busur tradisional Amerika (American traditional bow) juga adalah dari busur jenis kayu berlapis ini.

Busur Tanduk Bio-Komposit / Bio-Composite Horn Bow

Busur jenis ini adalah lebih mahal dan baik dari jenis sebelumnya, dengan karakteristik tarikan yanng sangat lembut dan lancar. Ia pada asasnya adalah juga sejenis busur kayu berlapis. Ia terdiri dari bahan kayu sebagai teras utama (middle core layer), sinew termampat (tendon binatang) pada lapisan luar (outer layer) dan tanduk termampat pada lapisan dalaman (inner layer) iaitu bahagian perut busur. Lapisan tanduk ini adalah sama ada dari tanduk kerbau air, biri-biri liar (Bighorn), kambing gunung (Ibex) dan juga lembu Kelabu Hungary (Steppe cattle).

Sinew-Wood-Horn composite bow

Diagram binaan sinew-kayu-tanduk pada busur tradisional Turki

Kesemua lapisan ini dilekatkan di bawah tekanan, menggunakan gam epoxy atau resin sintetik yang diperkuat dengan gentian-kaca yang fleksibel.

Kemasan akhir boleh jadi lapisan sinew di luar lengan dan tanduk di perut busur sahaja, atau ditutupi dengan lapisan kulit (ikan, ular atau lembu) dengan atau tanpa diberikan dekorasi motif tradisional. Lain- lain komponen busur pada bahagian pemegang dan siyah adalah diperbuat dari tanduk, kayu, kulit dan tulang. Kadang-kadang lapisan sinew digantikan dengan lain-lain bahan sintetik moden, menjadikannya di bawah jenis sub-kategori busur tanduk komposit sintetik.

Busur tanduk buatan Grozer – perhatikan lapisan plat tanduk pada bahagian lapisan dalaman / perut busur

Kerana penggunaan tanduk pada lapisan dalaman, busur jenis ini juga dipanggil busur tanduk (horn bow). Sesetengah busur kayu berlapis biasa ada meletakkan lapisan hiasan/pelindung dari tanduk pada bahagian siyah, ini tidak menjadikannya sejenis busur tanduk.

Busur tanduk bio-komposit boleh mempunyai panjang tarikan maksimum antara 31-35 inci, bergantung kepada teknik pembuatan dan rekabentuk. Busur tradisional dari jenis ini adalah busur buatan Kassai, Grozer dan Saluki, di samping tukang-tukang tradisional yang lain.

Busur Tanduk Replika Sejarah / Historical Replica Horn Bow

Busur ini adalah busur tanduk bio-komposit yang menggunakan 100% bahan pembuatan klasik semula-jadi. Bahan-bahan utama adalah kayu, sinew dan tanduk. Kemasan selalunya adalah dengan lapisan kulit (ikan, ular atau lembu) yang dihiaskan dengan elemen dekoratif tradisional mengikut tema rekabentuk busur, sementara lain-lain komponen busur diperbuat daripada tanduk, kayu dan tulang.

Lapisan-lapisan kayu, sinew dan plat tanduk dilekatkan dengan kaedah lama melalui pulasan tali menggunakan gam yang hanya boleh direbus atau diekstrak dari perut ikan sturgeon, yang kini diklasifikasikan sebagai hidupan yang terancam. Tukang-tukang yang mahir dengan kaedah lama ini amat sedikit, sekaligus membataskan pengeluaran busur ini. Kalau di Korea dan di Jepun, tukang-tukang lama ini diberikan status “National Living Treasure” untuk mengiktiraf kemahiran dan pengetahuan mereka di dalam seni pembuatan busur. Busur tanduk replika sejarah menggunakan bahan pembuatan klasik semula-jadi ditambah kaedah pembuatan yang asli.

Kerumitan hiasan motif Islamik dan tradisional pada busur tanduk Turki

Kerumitan hiasan motif Islamik dan tradisional pada busur tanduk Turki

Teknik pembuatan adalah menggunakan kaedah atau olahan kaedah dari abad dahulu-kala berdasarkan kajian kepada sejarah dan rekod penulisan lampau. Disebabkan itu, proses pembuatan busur ini boleh mengambil masa yang panjang (antara 10-12 bulan) dan menjadi mahal.

Busur tradisional dari jenis ini adalah busur Grozer dan Saluki, di samping busur buatan tukang-tukang tradisional Turki, China, Mongolia, Korea dan lain-lain.

pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/jenis-jenis-busur-tradisional/feed/ 6
Panahan Statik vs Panahan Dinamik http://arramy.com/artikel/panahan-statik-vs-panahan-dinamik/ http://arramy.com/artikel/panahan-statik-vs-panahan-dinamik/#comments Mon, 13 Jan 2014 09:19:57 +0000 http://arramy.com/?p=9241 in the name of God, the supremely merciful, the most kind
Untuk memajukan kemahiran memanah sehingga peringkat memanah berkuda, hanya ada satu jalan yang harus tempuhi, iaitu menguasai kemahiran memanah secara dinamik.

Apakah yang dikatakan Panahan Dinamik? Sebelum ini kita telah membincangkan memanah secara instinktif (tradisional) dan juga memanah secara pandangan berpejera (moden). Kita juga telah membincangkan gaya memanah dengan tarikan Meditteranean (Western archery) dan tarikan Monggol (Eastern/Asiatic archery).

Untuk memudahkan kefahaman kerana banyaknya istilah-istilah, kemahiran seni memanah dapat diringkaskan seperti berikut:-

Cukupkah mengambil hanya sebahagian?

Ilmu memanah yang MUTLAK adalah memanah secara instinktif tradisional, sedangkan memanah secara moden hanyalah SATU PER BAHAGIAN daripadanya. Ibarat satu surah daripada satu juzuk daripada keseluruhan AlQuran.

Baik gaya memanah dengan tarikan Mediterranean mahupun Monggol, kedua-duanya adalah sebahagian dari kaedah memanah instinktif tradisional. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Untuk cepat mahir, perlu memilih dan hanya memberi tumpuan kepada satu di antaranya. Perlu diingatkan terdapat banyak lagi jenis-jenis tarikan yang kurang diketahui, tetapi tidak kurang berbahaya berbanding kedua-dua gaya tarikan tadi.

Teknik memanah secara statik/pegun (Panahan Statik) adalah asas kepada memanah moden dengan berpejera, walaupun ia juga adalah cabang-cabang daripada memanah secara instinktif tradisional. Namun secara kontras, teknik memanah secara dinamik hanya eksklusif untuk pemanah-pemanah instinktif tradisional sahaja. Pro dan kontra, Panahan Statik dan Panahan Dinamik boleh diaplikasikan kepada kedua-dua gaya tarikan Meditterranean dan Monggol.

Perbezaan dari segi teknik
Panahan Statik bergantung kepada titik penjangkaran (anchoring point) tunggal, pergerakan tarikan (drawing motion) yang lancar dan seragam tanpa renjatan (jerking) supaya keadaan anggota badan dan sendi-sendi lain yang tidak berkaitan adalah PEGUN sepenuhnya. Ini membataskan pergerakan pemanah untuk seketika.

Panahan Dinamik juga bergantung kepada titik penjangkaran, untuk dua sebab; 1) untuk menyeragamkan panjang tarikan@tujahan busur, dan 2) mencapai laluan pergerakan tarikan yang MELURUS kepada titik penjangkaran; untuk proses lepasan sebaik sahaja mencapai panjang tarikan (draw length) yang dikehendaki. Keadaan anggota badan dan sendi-sendi lain yang tidak berkaitan adalah BEBAS (samada pada kedudukan kekuda yang berkenaan ataupun semasa bergerak) dan kurang diambil-kira. Faktor samada renjatan yang berlaku akan mempengaruhi ketepatan panahan akan diatasi melalui kaedah pemasaan ketika lepasan anak panah.

Panahan Dinamik

Langkah-langkah panahan
Panahan Statik melibatkan 4 langkah pergerakan; iaitu 1) membuat tarikan kepada kepada titik penjangkaran, 2) berhenti untuk membidik semasa tarikan penuh, 3) melepaskan anak panah dan 4) anggota tubuh lain kekal pegun semasa susulan (follow-through) sehingga anak panah kena ke sasaran.

Panahan Dinamik melibatkan 2 langkah pergerakan sahaja; iaitu 1) membuat tarikan SAMBIL membidik sehingga ke titik penjangkaran dan 2) melepaskan anak panah dengan serta merta tanpa berhenti. Pergerakannya lebih ringkas. Sesuai dengan bidalan Inggeris “less is more”. Latihan dan ulangan yang berterusan, secara berperingkat-peringkat, mengurangkan kebergantungan kepada daya pena’akulan, iaitu apabila proses pertukaran maklumat antara otak, deria dan otot-otot pada anggota badan membentuk memori-memori yang boleh dicapai dengan sangat cepat (tanpa berfikir). Pada tahap berikutnya, 2 langkah pergerakan ini seumpama satu pergerakan tunggal yang spontan sahaja.

Perhatikan, kedua-dua jenis panahan melibatkan ‘titik penjangkaran’ untuk menyeragamkan tarikan, ini adalah antara asas yang utama.

Selain itu ada juga teknik Panahan Dinamik yang menggunakan 2 titik penjangkaran, ini adalah kawalan tambahan untuk mencapai keseragaman yang lebih baik kepada arah vektor tarikan. Caranya adalah melalui pergerakan tarikan yang MELURUS kepada titik penjangkaran pertama dan meleretkan tangan ke titik penjangkaran kedua sebaik selepas lepasan. Teknik ini lebih sukar untuk dikuasai.

KELEBIHAN PANAHAN DINAMIK

– Teknik panahan tempur yang sebenar.
– Memanah dengan daya potensi manusia yang optimum.
– Melatih berfikir dengan pantas/spontan.
– Panahan lebih laju dan jauh kerana pengurangan beban (vektor tenaga negatif) ke atas daya tujahan busur, dapat diterangkan juga sebagai perpindahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik yang lebih lancar. Kesannya adalah anak panah dilepaskan dengan kadar pecutan yang lebih tinggi, seumpama menggunakan anak panah dari bahan yang lebih ringan.

Panahan Dinamik adalah apa yang dimaksudkan dengan memanah dengan ‘melambung anak panah’, ia adalah teknik lepasan yang lebih efektif berbanding memanah dengan tarikan yang panjang (overdraw) secara statik. Semakin cepat anak panah dilepaskan semasa mencapai tarikan penuh, semakin lancar dan bersih daya tujahan busur menolak keluar anak panah ke sasaran.

BUSUR TRADISIONAL DAN PANAHAN DINAMIK

Antara ciri unik busur tradisional Timur/Asia adalah kayu siyah pada kedua hujung lengan busur. Kurang diketahui, fungsi kayu ini sebenarnya adalah sebagai pemberat untuk menambah momentum tujahan busur, yang disesuaikan untuk penggunaan anak panah dengan mata perang yang lebih berat. Panahan Statik menyebabkan siyah gagal berfungsi, bahkan akan memperlahankan daya pecutan dari tujahan busur kerana telah menjadi beban tambahan. Dengan Panahan Dinamik, barulah siyah dan anggota lain busur akan bergandingan secara efektif dan produktif untuk mencapai potensi sebenar panahan.

Busur ‘Ketam’ Indo-Parsi dengan siyah yang ekstrim vs busur tradisional kulit putih Amerika

Amaran dan langkah berjaga-jaga

Panahan Dinamik adalah kaedah yang agak berbahaya kepada pemanah berbanding Panahan Statik. Pemanah perlu berlatih secara Panahan Statik untuk tempoh yang lama sebelum beralih kepada teknik ini. Ini adalah penting untuk melatih memori otot kepada pergerakan yang seragam apabila membuat tarikan ke titik penjangkaran.

Melainkan seseorang itu betul-betul mahir dan telah tetap panjang tarikannya, pastikan panjang anak panah adalah sekurang-kurangnya 2-4 inci lebih panjang dari panjang tarikan. Menarik panahan melebihi panjang anak panah boleh menyebabkan anak panah menembusi tangan yang memegang busur.

Panahan Dinamik adalah peringkat memanah instinktif tradisional yang tinggi, sukar menguasainya melainkan telah berlatih bertahun-tahun. Pemanah-pemanah pada peringkat pertengahan hanya mampu memanah secara dinamik untuk jarak dekat dan sederhana (kurang 50 meter). Selepas pada jarak ini, hampir kebanyakan pemanah akan kembali kepada Panahan Statik.

Selain untuk memanah berkuda, pemanah perlu menguasai kemahiran Panahan Dinamik untuk mahir setiap teknik panahan pantas dan juga untuk memanah sasaran yang sedang bergerak.

Nota
Terma Panahan* (shot) adalah gabungan antara Tarikan* (draw) dan Lepasan* (release) secara berturutan. Terma Panahan Statik mempunyai maksud yang sama dengan Lepasan Statik, terma yang digunakan di dalam memanah busur recurve moden, yang juga dikenali sebagai lepasan mati (dead release).

pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/panahan-statik-vs-panahan-dinamik/feed/ 4
Memanah dengan mata-hati http://arramy.com/artikel/memanah-dengan-mata-hati/ http://arramy.com/artikel/memanah-dengan-mata-hati/#comments Thu, 26 Sep 2013 15:11:13 +0000 http://arramy.com/?p=9211 in the name of God, the supremely merciful, the most kind
Memanah dengan mata-hati juga dikenali sebagai memanah instinktif/naluri/gerak-rasa. Ini adalah bentuk memanah yang asal seperti mana cara memanah manusia di peradaban awal sebelum terciptanya busur-busur dan kaedah memanah moden berbantuan pejera optik. Nama-nama yang diberikan ini, tidak lain hanya bertujuan membezakan teknik memanah ini dengan teknik memanah moden.

Teknik memanah dengan mata-hati tidak bercanggah dengan teknik memanah moden bahkan kedua-duanya adalah bersifat komplementari. Untuk memberi kefahahaman mudah, memanah dengan mata-hati adalah bentuk memanah moden yang lebih rumit dan sukar; dengan menanggalkan alat pejera optik dan penetap panjang tarikan seperti clicker dan hanya bergantung kepada naluri; melalui penyelarasan memori otot dan panca-indera untuk memanah anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, pemanah dengan mata-hati yang sebenar memandang tepat kepada sasaran dengan sepenuh tumpuan, tidak menyepetkan sebelah mata, tidak melihat unjuran arah anak panah, tidak merujuk kepada kepala anak panah dan tidak memanah secara jangkaan ke kanan atau ke kiri untuk membetulkan paradoks panahan. Pemanah dengan mata-hati yang sebenar hanya tahu panahannya pasti menuju ke sasaran.

Jangan terkeliru dengan terma ‘teknik memanah dengan mata-hati’ dengan ‘teknik memanah tradisional’, kerana yang awal itu merujuk kepada kaedah sedangkan yang kemudian itu pula merupakan jenis-jenis gaya memanah. Namun begitu, semua jenis gaya memanah tradisional pada umumnya adalah juga merupakan teknik memanah dengan mata-hati.

Kesilapan terbesar pemanah-pemanah tradisional adalah gagal menghayati ilmu sains seni panah dan terjun ke dalam sukan memanah beranggapan memanah dengan mata-hati adalah automatik dan ringkas berbanding memanah moden, walhal yang sebenar adalah sebaliknya. Falsafah, konsep dan sains di sebalik kedua-duanya adalah sama, walaupun yang satu itu hanyalah pecahan dari keseluruhannya. Prinsip-prinsip fizik trajektori panahan, pengiraan berat dan kelenturan batang panah, sifat aerodinamik anak panah, momentum dan penetrasi kepala panah, daya tujahan, refleks, panjang tarikan optimum dan jarak panahan busur; semuanya adalah tetap sama. Yang membezakan antara keduanya hanyalah kaedah moden telah menghapuskan penggunaan deria dalaman manusia dan hanya menumpukan kepada faktor fizikal dan deria luaran.

Memanah dengan mata-hati tidak seringkas me’lempar’kan anak panah ke sasaran. Memanah dengan mata-hati tetap melibatkan proses mengambil kekuda, mencagak , menarik sambil membidik dan melepaskan anak-panah. Cuma sesetengah proses ini, berlaku dengan cepat, spontan dan hampir serentak apabila seseorang itu mahir dengan teknik ini. Untuk mahir akan mengambil masa latihan bertahun-tahun, kerana kaedah memanah dengan mata-hati adalah mudah dipelajari tetapi sangat sukar untuk dikuasai.

Teknik memanah dengan mata-hati adalah teknik panahan yang tinggi, tetapi ada teknik memanah yang lebih tinggi.

Memanah instinktif

Teknik Memanah yang Tertinggi

Firman Allah;

“Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu yang memanah ketika kamu memanah tetapi Allah jua yang memanah. Dan Dia hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (17).”

Surah Al-Anfal (Harta Rampasan Perang)

Inilah kemuncak ilmu seni panah, yang membawa ke syurga. Ramai yang beranggapan apabila mereka memanah dengan mata-hati mereka juga telah memanah dengan teknik ini. Jadi teknik ini sangat ramai yang berkhayal mereka telah melalui dan mencapainya.

Ketahuilah panahan burukmu yang selalu tersasar itu bukanlah panahanNya.

Bersabda Rasulullah SAW:
“Ya Hayyu Ya Qayyum! Demi Rahmatmu aku memohon perelokkanlah bagiku segala urusanku, dan jangan biarkan aku kepada diriku walaupun untuk sekelip mata.”
Hadith riwayat Al-Hakim

Teknik panahan terunggul ini adalah semata-mata anugerah dariNya, tetapi ada jalan yang membawa ke sana, iaitu melalui jalan I’tiqad dan mujahadah. Jalan ini adalah jalan tauhid, jalan ihsan, jalan di mana sang hamba bersungguh-sungguh memohon cahaya petunjuk dan hidayahNya dan telah meninggalkan hawa-nafsu dan dirinya, dan menyerahkan jiwa dan rasa kepunyaan ke dalam genggamanNya. Ketahuilah jalan ini ada pada jalan jihad, seumpama pada suatu saat penentu, apabila masa bergerak dengan sangat perlahan, DIA menyentuh dan membawa anak panahmu kepada musuhmu. PanahanNya mengubah potensi kemenangan di dalam perang yang muktamad dan membantu kekasih-kekasih pilihanNya.

Lalu bagaimanakah hendak mendapat pimpinanNya pada panahanmu, arakian seperti itu jugalah mendapatkan pimpinanNya pada kehidupan seharianmu.

Seumpama jalan zikrullah, dengan sentiasa mengingatiNya dan memohon petunjuk dan hidayahNya. Seumpama jalan zikrullah, dengan meninggalkan pintu syirik, pintu nifaq, pintu maksiat, pintu hawa dan pintu dirimu. Maka ketika itulah kamu bersama Dia. Kerana Dia tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, juga orang-orang yang mengikuti hawa-nafsu.

Dalam zikrullah itu ada rasa, ada lafaz dan ada pergerakan. Zikrullah itu adalah hizb harianmu, dalam tidur dan bangun, dalam gerak dan diam, dalam ibadatmu juga hiburmu, apa sahaja yang dirimu lakukan kerana Dia dan untuk bersama Dia.

‘Meninggalkan dirimu’ – analogi dalam amalan zikrullah dan seni memanah.

Dalam amalan zikrullah martabat ihsan, ‘meninggalkan diri’ bermaksud meninggalkan segala rasa pemilikan kekuatan, kemampuan, rasa benar, rasa tahu dan seterusnya dari dalam diri dan meyakini pemilikan yang sebenar hanyalah oleh yang Haq. Ia juga bermaksud meninggalkan segala sifat dan tabiat buruk; ‘ujub, takabbur, riya’, silap, salah dan lain-lain keburukan dan kejelikan dari yang terang dan tersembunyi berpunca dari hawa nafsu. Selepas dari itu barulah, diri dapat bersama Dia, dengan pimpinanNya pada jalan yang lurus.

Apabila diertikan kepada seni memanah, amalan seni panah terunggul adalah bentuk latihan untuk menyediakan anggota diri memanah bersamaNya, dengan memperelok pergerakan dan memperbaiki pada yang ralat dan melencongkan. Jalan kepada menghampiri panahanNya adalah melalui gabungan disiplin latihan fizikal dan kerohanian; dengan meletakkan I’tiqad yang sebanding pada setiap pergerakan panahan. Adalah penting untuk mengetahui apakah pergerakan yang betul dan dikehendaki, supaya dapat diyakini bahawa itu adalah dariNya. Sedemikian juga adalah penting untuk mengetahui apakah pergerakan yang salah dan ralat, dari diri yang tidak sempurna, supaya dapat ditinggalkan dan diperbaiki sebelum ia menjadi tabiat dan kebiasaan.

Seperti-mana dirimu tidak akan bersama denganNya sebelum engkau meninggalkan keburukanmu, seperti itulah juga Dia tidak memanah untukmu sebelum engkau meninggalkan apa yang melencongkan panahanmu.

Kaedah latihan memanah moden menitik-beratkan konsistensi pada pergerakan dan kepentingan penggunaan otot yang betul untuk menghapuskan faktor ralat manusia semasa memanah. Rejim latihan pemanah-pemanah moden adalah lebih maju, komprehensif dan terbukti berkesan dalam aspek ini. Perhatikan bagaimana atlet-atlet memanah sentiasa mempunyai dimensi (panjang, arah dan laluan) tarikan, penjangkaran (anchoring) dan pergerakan sendi-sendi penting pada kedudukan YANG TETAP secara lancar tanpa tersekat-sekat. Pergerakan –pergerakan ini sebenarnya dapat diringkaskan sebagai kaedah penetapan fungsi memori otot.

Penetapan memori otot adalah kunci kepada panahan yang baik, bermula dari tarikan anak panah yang lancar pada pergerakan yang lurus dan paling ringkas. Pada saat mencapai tarikan penuh, mata-hati terbuka secara maksimum untuk seketika untuk menghalakan arah panahan secara jitu dan tepat. Semasa panah dilepaskan, tiada lagi pergerakan untuk seketika, saat ini segalanya terhenti-mati sehingga anak panah tembus ke sasaran.

Malangnya penetapan memori otot, memerlukan istiqomah pada disiplin latihan yang berterusan dan mengambil masa yang panjang, dengan mengulangi pergerakan yang sama secara konsisten. Ia hampir sama dengan fungsi memori otak, ianya sesuatu yang boleh dilupai atau menjadi tumpul, menjadikannya sesuatu yang perlu sentiasa diasah dan diamalkan. Ada hadith yang melarang keras meninggalkan sukan memanah setelah mempelajarinya, disebabkan ia dikira sebagai meninggalkan amalan sunnah dan menyebabkan hilangnya kemahiran yang amat penting.
pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/memanah-dengan-mata-hati/feed/ 14
Memanah dan Undang-undang http://arramy.com/artikel/memanah-dan-undang-undang/ http://arramy.com/artikel/memanah-dan-undang-undang/#comments Mon, 20 May 2013 14:21:31 +0000 http://arramy.com/?p=8621 in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Anda berminat untuk memanah, lebih-lebih lagi untuk memanah secara sunnah, malahan anda berminat untuk menjadi golongan ghuraba yang tekad untuk membebaskan diri dari segala bentuk perhambaan, kecuali perhambaan secara mutlak kepada Sang Pemilik Alam Semesta.

Tapi anda bimbang anda akan disalah-erti. Anda bimbang masyarakat awam akan curiga melihat anda, sebagai golongan yang berpotensi mencetuskan kekacauan kepada keamanan dan keharmonian.

Malaysia Laws relating to archery

Jika anda mempunyai keraguan untuk memiliki busur dan anak panah atau mengenai aktiviti memanah disebabkan faktor undang-undang, berikut adalah fakta penting yang anda perlu tahu.

Memanah digazetkan sebagai satu bidang sukan di Malaysia dan tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 (Laws of Malaysia – Sports Development Act 1997).

Busur dan anak panah diklasifikasikan sebagai peralatan sukan dan tidak memerlukan apa-apa permit atau lesen dari pihak berkuasa; untuk memiliki atau menggunakannya. Tidak ada pengkelasan khusus dari sudut ini yang membezakan antara busur tradisional, busur kompaun atau busur moden untuk pertandingan di sukan olimpik.

Namun begitu ada beberapa keadaan tertentu yang boleh menyebabkan anda ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa yang berkenaan bersabit dengan panah dan busur.

1. Pelbagai kesalahan memburu dengan busur dan panah bersabit spesies hidupan liar yang diperlindungi.

RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 (Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan).

http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2010/DR162010.pdf

Sehingga tarikh ini, busur dan panah adalah BUKAN senjata berburu yang sah di Malaysia.

2. Kesalahan yang boleh disabitkan mengikut Akta 357 Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Ofensif 1958.

Seksyen 6(1) Akta 357 memperuntukkan, mana-mana orang yang membawa atau memiliki di mana-mana jalan atau tempat awam apa apa senjata ofensif kecuali dengan kebenaran yang sah bagi maksud yang sah, adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabit kesalahannya boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun dan juga sebatan.

Kesalahan ini merujuk kepada semua jenis senjata berjadual* di dalam akta yang sama, tetapi terguna-pakai untuk segala jenis ancaman senjata lain secara UMUM dengan kehadiran 3 faktor berikut;

  1. Wujudnya ‘senjata ofensif’ iaitu apa-apa peralatan yang sekiranya digunakan untuk menyerang boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan.
  2. Berada di dalam tempat awam.
  3. Bermaksud mendatangkan kecederaan.

* Takrifan ‘senjata berjadual‘ bermaksud sebarang senjata ofensif yang disenaraikan di dalam Jadual Kedua Akta 357 (rujuk di bawah).

FAKTA 1 – Membawa busur dan panah sahaja tidak dianggap sebagai membawa senjata ofensif di tempat awam. Sentiasa pastikan anda tidak menjadi ancaman kepada orang lain.

FAKTA 2 – Di sebaliknya pula, membawa apa-apa senjata ofensif berjadual (walaupun tersembunyi) telah dianggap sebagai membawa senjata ofensif berbahaya di tempat awam.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-bas-didenda-rm1-000-miliki-senjata-berbahaya-1.82470

Senarai Senjata Ofensif Berjadual.

AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.

JADUAL KEDUA (Seksyen 2 dan 12).

  1. Segala jenis pisau, kadang-kala dikenali sebagai ‘flick knife’, yang mengeluarkan bilah secara automatik dengan menekan butang, spring dan sebagainya pada gagang pisau.
  2. Segala jenis pisau, kadang-kala dikenali sebagai ‘gravity knife’, yang mengeluarkan bilah dari gagang atau sarung melalui tekanan graviti atau kuasa pusat putaran, yang mana bila dilepaskan, akan terkunci pada tempatnya dengan sesuatu butang, spring, tuas dan sebagainya.
  3. Alat sebatan/libasan (whip) diperbuat daripada rantai basikal atau motosikal, atau seumpamanya.
  4. Semua jenis buku lima (knuckleduster).
  5. Semua jenis bilah atau alatan lain yang dilekatkan ke atas, atau membentuk sebahagian pam basikal, paip besi atau pemegang yang berupaya digunakan untuk menghiris atau menikam.
  6. Sebarang peralatan seperti pisau dengan tiga mata yang tajam dan hujung yang runcing, kadang-kadang dipanggil sebagai ‘bearing-scraper’.
  7. Senjata berbentuk kapak kecil.
  8. Sebarang pedang, keris, parang atau pisau yang padanya tertulis atau terukir sebarang perkataan, ayat atau gambaran yang berkaitan dengan sesuatu agama atau kepercayaan.
  9. Sebarang jenis pedang atau parang yang kebiasaannya digunakan sebagai senjata dan bukan untuk tujuan pertanian, kegunaan rumah atau taman bercucuk tanam.
  10. Lembing dan mata lembing.
  11. Panah-silang (crossbow).
  12. Patrolite, Stun Gun, Taser, Control Club atau peralatan seumpamanya, yang berkuasa bateri atau dari apa-apa juga sumber tenaga.

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%208/Act%20357.pdf

Senjata berjadual hanya tidak menjadi kesalahan ketika berada di premis persendirian. TIADA permit dikeluarkan atau diperlukan untuk menyimpan senjata berjadual, tapi pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh.

Kesalahan berkaitan senjata berjadual

Seksyen 7(1) Akta 357 memperuntukkan, sesiapa yang, melainkan bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang –

(a) membawa atau memiliki di bawah kawalannya;
(b) membuat, menjual atau menyewakan atau menawarkan untuk menjual atau menyewakan; atau
(c) meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana individu;

mana-mana senjata berjadual adalah menjadi kesalahan dan jika disabit kesalahannya boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada dua tahun, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Undang-undang sedia-ada sebenarnya bertujuan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. Jika anda memanah dengan sebab yang benar, tidak ada sebab untuk berasa gusar. Namun begitu, sentiasalah berwaspada dengan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa memanah kerana busur dan panah adalah senjata yang boleh membunuh dan juga mengakibatkan kecederaan yang serius.

pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/memanah-dan-undang-undang/feed/ 77
Memanah secara Sunnah – Bahagian 2 http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-2/ http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-2/#comments Mon, 01 Apr 2013 04:31:04 +0000 http://arramy.com/?p=8555 in the name of God, the supremely merciful, the most kind

Memanah secara SunnahDisambung  dari Memanah secara Sunnah – Bahagian 1

Komponen Zahir – Kekuatan dari memanah

Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya; kekuatan pada panahan dan kekuatan pada tubuh badan pemanah.

Kekuatan pada Panahan

Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu

  1. Ketepatan
  2. Konsistensi
  3. Kejituan

Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;

  1. Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul
  2. Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
  3. Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen

Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan dapat dicapai dan dirungkai.

Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat, spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-lain.

Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.

Busur Rasulullah SAW

Tiada dalil ke atas dakwaan memanah secara sunnah memerlukan teknik lepasan ibu-jari (thumb release) iaitu melalui penggunaan cincin ibu-jari (thumb ring) dan menggunakan ibu jari untuk menarik tali busur. Untuk menyandarkan sesuatu kepada baginda Rasulullah SAW kita memerlukan dalil hadith atau atsar para sahabah RA. Pun begitu, tiada kedapatan juga dalil hadith atau atsar bahawa Rasulullah SAW atau para sahabah RA menggunakan teknik menarik dengan 3 jari secara Mediterranean. Maka dari pemerhatian dan deduksi, memanah secara sunnah boleh menggunakan teknik lepasan Monggol (Mongolian release) atau Mediterranean (Mediterranean release).

Gaya Mediterranean vs Gaya MonggolTeknik lepasan ibu-jari sebenarnya secara silap telah dinamakan sebagai teknik lepasan Monggol bersempena peristiwa bangsa yang berkenaan menakluk sebahagian dari Eropah dan meninggalkan pengaruh mereka ke atas kerajaan setempat. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan teknik menarik dengan ibu-jari lebih awal telah dipelopori oleh pahlawan-pahlawan berkuda dari Kesultanan Turki-Seljuk di pergunungan Steppe dan seterusnya diwarisi oleh empayar Khilafah Islam Uthmaniyyah Turki.

Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri. Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length) berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah. Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

Kekuatan pada Tubuh Badan Pemanah

Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan otot dan sendi pinggul.

Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak kekuatan dapat dihasilkan.

Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini, mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?

Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih tinggi.

pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-2/feed/ 11
Memanah secara Sunnah – Bahagian 1 http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-1/ http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-1/#comments Sun, 31 Mar 2013 05:02:27 +0000 http://arramy.com/?p=8536 in the name of God, the supremely merciful, the most kind
JIhad fi SabilillahSecara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu memanah secara naluri (instinctive) dan pandangan (sight). Busur ringkas moden, iaitu busur tunggal (single/one piece bow) dan busur berangkai (take-down bow) sebenarnya berada di bawah sub-kategori memanah naluri; iaitu separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga anak panah (arrow rest). Berbanding pemanah busur ringkas moden dan tradisional, pemanah busur kompaun pula sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah; seperti dapat dikiaskan pada perbezaan antara sunnah memanah vs. memanah secara sunnah.

Di dalam beribadah; “tidur orang alim adalah lebih baik daripada ibadat orang jahil”. Ini kerana kesempurnaan dalam beribadah adalah pada ilmu, kerana tanpa ilmu mustahil ada penghayatan pada amal ibadah. Walhal dengan ilmu, suatu pekerjaan biasa juga boleh menjadi satu ibadah. Ibadah hanya berlaku apabila seseorang boleh membuat perkaitan antara suatu perbuatan itu dengan rasa perhambaan kepada tuhan.

Artikel ini cuba mengupas apakah pengertian, kaedah atau teknik untuk memanah secara sunnah. Supaya seseorang itu dapat mencapai sepenuhnya nilai ibadah dalam memanah, dalam sebaik-sebaik mencontohi perilaku dan perbuatan baginda Rasulullah SAW, insan teragung yang dilahirkan kepada umat manusia dan seterusnya sebagai perakuan perhambaan diri kepada Pemilik sekalian alam semesta, Allah yang memiliki Arasy yang Agung.

Apakah sebenarnya definisi memanah secara sunnah?

Dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

Untuk memberi definisi kepada memanah perlu diketahui apa yang dikehendaki pada memanah itu adalah kekuatan. Dalam memberi definisi kepada memanah secara sunnah, supaya ianya mencapai tahap ibadah, ada komponen zahir (perbuatan) dan juga batin (niat). Melalui komponen zahir dan batin ini lahirlah kekuatan luaran dan dalaman kepada pengamal seni panah sunnah.

Komponen Batin – Kekuatan dalaman dari kerana niat

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya amalan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan sesuai apa yang diniatkan, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang akan memperolehinya atau wanita yang ingin dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”
– Hadith riwayat Bukhari Muslim

Dalam artikel-artikel  sebelumnya, kami ada menghuraikan tentang kepentingan memanah kepada kekuatan ummah dalam berjihad. Ini kerana pada situasi-situasi tertentu, adalah wajib ke atas setiap insan mukallaf membentuk unit terkecil ketenteraan di dalam jihad fi sabilillah. Tidak pengasingan antara yang tentera dan bukan tentera, atau antara polis dan orang awam sebagaimana yang berlaku pada dunia hari ini.

Walaupun jihad itu sendiri ada dua kategori, iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain, namun pada peringkat persendirian, setiap orang WAJIB mempersiapkan dirinya dan tidak boleh mencari peluang melepaskan tanggung-jawab ke atas bahu orang lain.

Membuat persiapan untuk perang jihad itu adalah WAJIB, manakala pergi berperang itu boleh jadi Fardhu Kifayah atau Fardhu Ain.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad (perang) dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad (perang), ia mati dalam satu cabang kemunafikan.”
– Muttafaq Alaih

Berbalik kepada niat, maka adalah penting untuk masing-masing memastikan bahawa niat memanah adalah sebagai persiapan untuk jihad fi sabilillah dan tiada yang lain. Barang-siapa yang memanah kerana hobi, budaya, riadah dan sebagainya, maka setakat itu sahajalah ganjaran amalannya.

Kalau sudah benarlah niat seseorang itu, maka inilah yang akan menjadi pendorong, iaitu sumber yang akan memberi motivasi dan semangat juang yang berterusan kepada dirinya untuk bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam memperbaiki permainannya di dalam memanah. Dengan niat yang benar, dorongan yang terhasil seumpama arus sungai yang mengalir tanpa henti, menjadikan dirinya sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat pada jalan kebenaran dan mencari-cari peluang untuk berada pada jalan perjuangan. Inilah kekuatan yang tiada galang-gantinya, yang membezakan seseorang itu dengan hamba Allah yang lain yang sedang asyik dengan hal-hal keduniaan.

…bersambung di Memanah secara Sunnah – Bahagian 2.
pemanah-berkuda

]]>
http://arramy.com/artikel/memanah-secara-sunnah-bhgn-1/feed/ 2
Pakej Lengkap Busur Berias Grozer Tradisional Hun http://arramy.com/grozer-csaba/pakej-lengkap-busur-berias-grozer-tradisional-hun/ http://arramy.com/grozer-csaba/pakej-lengkap-busur-berias-grozer-tradisional-hun/#respond Tue, 26 Mar 2013 14:54:47 +0000 http://arramy.com/?p=8520 Grozer Decorated Hun Traditional BowBusur berias tradisional Hun terbaik buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Grozer Decorated Hun Bow at Arramy.com

[See image gallery at arramy.com]

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks asas buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary dengan rekabentuk berias tradisional Hun. Teknik pembuatan dan rekabentuk busur adalah direplika dari rekod penemuan arkeologi busur-busur yang digunakan di dalam abad ke 8. Bahan pembuatan: kayu, kulit, tanduk  dan gentian kaca.

Busur ini dilitupi oleh kulit lembu pada warna asli pada bahagian luar lengan, manakala bahagian dalamnya oleh kulit berwarna coklat pertengahan. Kedua-dua bahagian hujung diperbuat dari kayu walnut yang diperkukuhkan dengan kepingan tanduk . Bahagian pemegang juga dilapik dengan tanduk. Bahagian penyambungan dibalut dengan lilitan hemp berwarna coklat.

Busur Hun Grozer ini adalah asimetri iaitu mempunyai lengan yang tidak sama panjang. Rekabentuk busur ini memberikan panahan yang tepat dan laju serta prestasi yang lebih baik berbanding busur-busur refleks yang lain. Ia memerlukan tangan memegang busur dengan cara yang sedikit berlainan.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 1,299.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Crozer Csaba (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 63 1/2"
  • Panjang antara Siyah (Length between Siyahs): 56 1/2"
  • Sela Teregang (Brace Height): 6"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 55 1/2"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 31" (max)
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 30-65 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): plastik atau kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz
Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 1,299.00

Loading Kemaskini kart...
LoadingUpdating...

]]>
http://arramy.com/grozer-csaba/pakej-lengkap-busur-berias-grozer-tradisional-hun/feed/ 0
Pakej Lengkap Busur Toth Tradisional Magyar http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-magyar/ http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-magyar/#respond Thu, 21 Mar 2013 12:11:04 +0000 http://arramy.com/?p=8179 Toth Magyar Bow Complete Package at Arramy.comBusur tradisional Magyar terbaik buatan tangan Toth Zoltan dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Toth Magyar Traditional Bow at Arramy.com

[See image gallery at arramy.com]

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks buatan tangan Toth Zoltan dari Hungary dengan rekabentuk tradisional Magyar/Hungarian. Pada keseluruhannya, busur ini dilitupi dengan kulit suede, terdapat lilitan benang hemp pada 4 tempat penyambungan dan kedua bahagian hujung dibiarkan terdedah. Bahan pembuatan adalah dari kayu, kulit, tanduk dan gentian kaca.

Busur ini adalah busur komposit dan terdiri dari tiga bahagian. Kedua-dua bahagian hujung dibuat dari kayu (kebiasaannya dari kayu pear, cherry atau ash), bahagian pemegang dan bahagian lengkungan refleks yang dibuat dari gentian kaca (fiberglass) dengan kemasan luar dari kulit lembu.

Tali dibuat dari bahan dacron yang telah melalui proses pra-regang (pre-stretched) sementara balutan (serving) adalah dari bebenang kevlar. Pada bahagian pemegang terdapat plat kayu supaya permukaan busur lebih licin kepada anak panah.

Busur Magyar Toth ini bagus untuk latihan memanah dan juga berburu. Dalam pertandingan-pertandingan utama, busur ini dikatakan lebih perlahan berbanding busur-busur komposit pada gred kualiti yang lebih tinggi. Ini adalah busur permulaan, namun ia tetap sebuah busur yang amat baik.

Nota: Busur ini mempunyai banyak persamaan dengan Busur Monggol dari tukang busur yang sama. Namun ada perbezaan yang ketara pada panjang keseluruhan dan rekabentuk pada kedua-dua hujung busur.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 870.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Toth Zoltan (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 58 2/3"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 54 1/3"
  • Panjang Tali (String Length): 48 1/2"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 28-30"
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 25-70 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): plastik atau kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz
Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 849.00

Loading Kemaskini kart...

]]>
http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-magyar/feed/ 0
Pakej Lengkap Busur Toth Tradisional Monggol http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-monggol/ http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-monggol/#comments Thu, 21 Mar 2013 04:33:31 +0000 http://arramy.com/?p=7914 Mongolian Bow by Toth Zoltan

Busur tradisional Monggol terbaik buatan tangan Toth Zoltan dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Toth Traditional Mongolian Bow at Arramy.com

[See image gallery at arramy.com]

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks buatan tangan Toth Zoltan dari Hungary dengan rekabentuk tradisional Monggol. Pada keseluruhannya, busur ini dilitupi dengan kulit suede, terdapat lilitan benang hemp pada 4 tempat penyambungan dan kedua bahagian hujung dibiarkan terdedah. Bahan pembuatan adalah dari kayu, kulit dan gentian kaca.

Busur ini adalah busur komposit dan terdiri dari tiga bahagian. Kedua-dua bahagian hujung dibuat dari kayu (kebiasaannya dari kayu pear, cherry atau ash), bahagian pemegang dan bahagian lengkungan refleks yang dibuat dari gentian kaca (fiberglass) dengan kemasan luar dari kulit lembu.

Tali dibuat dari bahan dacron yang telah melalui proses pra-regang (pre-stretched) sementara balutan (serving) adalah dari bebenang kevlar. Pada bahagian pemegang terdapat plat kayu supaya permukaan busur lebih licin kepada anak panah.

Busur Monggol Toth ini bagus untuk latihan memanah dan juga berburu. Dalam pertandingan-pertandingan utama, busur ini dikatakan lebih perlahan berbanding busur-busur komposit pada gred kualiti yang lebih tinggi. Ini adalah busur permulaan, namun ia tetap sebuah busur yang amat baik.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 870.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Toth Zoltan (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 55 1/2"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 54 1/3"
  • Panjang Tali (String Length): 48 1/2"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 28-30"
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 25-70 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): plastik atau kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz
Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 849.00

Loading Kemaskini kart...

]]>
http://arramy.com/busur-tradisional/pakej-lengkap-busur-toth-tradisional-monggol/feed/ 4
Pakej Lengkap Busur Kompaun Diamond Outlaw http://arramy.com/diamond-archery/pakej-lengkap-busur-kompaun-diamond-outlaw/ http://arramy.com/diamond-archery/pakej-lengkap-busur-kompaun-diamond-outlaw/#comments Thu, 14 Mar 2013 12:15:18 +0000 http://arramy.com/?p=7611 Diamond Outlaw Compound Bow by Bowtech

Busur Kompaun Diamond Outlaw buatan USA dari Bowtech untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Diamond Outlaw Compound Bow by Arramy.comKETERANGAN PRODUK

Busur compound Diamond dari Bowtech. Pakej busur lengkap sedia untuk memanah Diamond Outlaw untuk pemanah peringkat pertengahan dan ke atas. Tetapan pada busur adalah bebas laras tertakluk kepada julat berat tarikan dan panjang tarikan dalam spesifikasi. Antara busur terpantas di laman web kami.

SPESIFIKASI

  • Jarak antara Gandar (Axle to Axle): 32"
  • Sela Teregang (Brace Height): 7"
  • Berat Keseluruhan (Total mass): 3.8 lbs.
  • Laju IBO (IBO Speed): 330 fps
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 26.5-30.5"
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 40-70 lbs
  • Kelegaan (Let Off): 80%

PAKEJ MERANGKUMI

  1. Penyangga (rest)
  2. 6x anak panah (arrow) dengan mata latihan (field point)
  3. 3x mata berburu (broadhead)
  4. Alat pemandang (sight)
  5. Penstabil (stabilizer)
  6. Kantung panah (quiver)
  7. Alat pelepas (release)
  8. Alat pengintai (peep sight)
  9. Tali busur (sling)
  10. Beg berlapik (padded soft case)

AKSESORI

Diamond Outlaw Package A

 

 

Diamond Outlaw Package B

Pilihan produk
Kuantiti

Price: MYR 2,749.00

Loading Kemaskini kart...
]]>
http://arramy.com/diamond-archery/pakej-lengkap-busur-kompaun-diamond-outlaw/feed/ 14