- Product Rating -

Pakej Lengkap Busur Asas Grozer Tradisional Monggol

| March 11, 2013 | 0 Komen

Grozer Mongolian BowBusur tradisional Monggol terbaik buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Grozer Mongolian Bow by Arramy.com

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks asas buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary dengan rekabentuk tradisional Monggol. Teknik pembuatan dan rekabentuk busur adalah direplika dari rekod penemuan arkeologi busur-busur yang digunakan di dalam abad ke 10. Bahan pembuatan: kayu, kulit dan gentian kaca.

Kulit berwarna menutup sepenuhnya pada luaran dan perut busur. Hujung lengan dan pemegang dibuat dari kayu Ash. Bebenang pembalut boleh lentur dari tetali hemp yang dicelup pewarna. Busur yang boleh ditarik dengan licin dan baik, busur Monggol ini secara relatif adalah busur yang dinamik.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 1249.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Crozer Csaba (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 62 1/4"
  • Panjang antara Siyah (Length between Siyahs): 55"
  • Sela Teregang (Brace Height): 7 5/8"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 54 3/4"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 32" (max)
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 30-60 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz
Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 1,249.00

Loading Kemaskini kart...
LoadingUpdating...

http://www.youtube.com/watch?v=xybIP-9mc1E

RM1,249.00 Difailkan dalam: Busur Tradisional, Grozer Csaba
×

Hantar Komen Anda