- Product Rating -

Pakej Lengkap Busur Asas Grozer Tradisional Rum

| March 12, 2013 | 0 Komen

Grozer Roman Traditional BowBusur tradisional Rum terbaik buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Grozer Roman Bow by Arramy.com

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks asas buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary dengan rekabentuk tradisional Rum. Teknik pembuatan dan rekabentuk busur adalah direplika dari rekod penemuan arkeologi busur-busur yang digunakan di dalam abad ke 10. Bahan pembuatan: kayu, tanduk, kulit dan gentian kaca.

Keseluruhan busur ditutupi dengan lapisan kulit rusa muda berwarna coklat, kulit kemudian dijahit di bahagian hadapan pemegang dan juga di perut busur di sepanjang lengan dengan renda kulit. Bahagian hujung yang keras diperbuat dari kayu Walnut. Plat penyangga pada bahagian pemegang dan lapisan pengukuh pada kayu siyah dibuat dari tanduk. Bebenang pembalut boleh lentur dari tetali hemp yang dicelup pewarna semulajadi.  Busur Rum ini stabil dan dihias dengan baik.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 1,249.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Crozer Csaba (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 58 1/2"
  • Panjang antara Siyah (Length between Siyahs): 57"
  • Sela Teregang (Brace Height): 6 3/4"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 53"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 32" (max)
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 30-65 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): plastik atau kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz

Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 1,249.00

Loading Kemaskini kart...
LoadingUpdating...

Nota: Busur Grozer Rum di dalam klip berikut mempunyai beban tarikan (poundage) rendah (20-25#), kelihatan anak panah keluar agak perlahan.

http://www.youtube.com/watch?v=pdrJm6G1nKk

RM1,249.00 Difailkan dalam: Busur Tradisional, Grozer Csaba
×

Hantar Komen Anda