- Product Rating -

Pakej Lengkap Busur Asas Grozer Tradisional Turki

| March 12, 2013 | 4 Komen

Grozer Turkish BowBusur tradisional Turki terbaik buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary untuk anda bermula dalam sunnah memanah.

Grozer Turkish Bow by Arramy.com

KETERANGAN PRODUK

Busur refleks asas buatan tangan Grozer Csaba dari Hungary dengan rekabentuk tradisional Turki. Teknik pembuatan dan rekabentuk busur adalah direplika dari rekod penemuan arkeologi busur-busur yang digunakan di dalam abad ke 10. Busur ini dilitupi oleh kulit asli sepenuhnya. Bahan pembuatan: kayu, kulit dan gentian kaca.

Busur Grozer adalah produk kami yang paling berkualiti yang sentiasa dicari-cari oleh pemanah-pemanah tradisional seluruh dunia. Busur ini mempunyai rekabentuk yang istimewa, iaitu apabila tali dilepaskan, busur membentuk huruf C yang membongkok ke arah yang berlawanan. Inilah antara ciri-ciri dinamik pada busur Turki buatan Grozer yang memberikannya prestasi lebih baik berbanding busur-busur refleks yang lain.

SPESIFIKASI

  • Harga: RM 1,299.00 (tanpa aksesori)
  • Buatan: Crozer Csaba (Hungary)
  • Kaedah: Buatan Tangan
  • Panjang Keseluruhan (Total Length): 51 1/2"
  • Panjang antara Siyah (Length between Siyahs): 34 1/2"
  • Sela Teregang (Brace Height): 8"
  • Panjang Teregang (Length Strung): 44 1/2"
  • Panjang Tarikan (Draw Length): 30" (max)
  • Beban Tarikan/Tujahan (Draw Weight): 40-60 lbs

PAKEJ MERANGKUMI

Busur dan tali sahaja. Nota: Tema warna busur yang dihantar mungkin berlainan dari imej yang dipaparkan bergantung kepada stok.

AKSESORI

  1. Pilihan (5 atau 10 batang) anak panah kayu tradisional. Panjang: 30", sayap (fletching): pelepah bulu, cagak (nock): plastik atau kayu, mata latihan (field point), warna pelepah bergantung kepada stok.
  2. Pelindung lengan dari kulit lembu.
  3. Sarung 3-Jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Cincin Ibu Jari Tembaga (saiz S= ukur lilit 65-67mm, M= ukur lilit 70-72mm, L=ukur lilit 75-80mm)
  4. Sarung Penyangga 2-jari dari kulit lembu (saiz S,M dan L) ATAU Sarung Penyangga Ibu Jari dari kulit lembu (saiz S dan M).

Pengukuran Saiz
Ratakan tangan. Dengan pita ukur, dapatkan ukur lilit bahagian tengah tangan di antara buku lima dan atas ibu jari. Untuk padanan yang lebih baik ambil saiz yang terhampir atau sedikit kecil kepada ukuran kerana kulit akan sedikit mengembang. Bandingkan ukuran kepada carta berikut:

  • S > 8 inci / 20.3 cm
  • M > 9 inci / 22.9 cm
  • L > 10 inci / 25.4 cm

Traditional Bow Accessories

Pilihan produk
Kuantiti

Price: from MYR 1,299.00

Loading Kemaskini kart...
LoadingUpdating...

Nota: Pada klip video di bawah, busur Grozer Turki ditunjukkan sehingga minit ke 0.17 sahaja.

RM1,299.00 Difailkan dalam: Busur Tradisional, Grozer Csaba
×

4 Komen kepada "Pakej Lengkap Busur Asas Grozer Tradisional Turki"

Trackback | Suapan RSS Komen

  1. haniezam says:

    Assalamualaikum,

    1-Busur turki sesuai tak untuk beginner?
    2-boleh tak anak panah untuk busur tradisional menggunakan mata memburu spt broadhead?

    • Arramy Arramy says:

      Waalaikumussalam,

      1-Kesesuaian untuk beginner dilihat kepada tujahan/poundage busur. Busur Turki Grozer sedikit kurang sesuai kerana rasa tarikan yang ketat berbanding tujahan sebenar busur.

      2-Boleh, kepala anak panah karbon untuk latihan boleh ditukar dengan kepala berpisau.

Hantar Jawapan kepada Arramy