Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Panduan Pembelian secara Elektronik - Arramy Achership Supply

Panduan Pembelian secara Elektronik

Urus niaga jual-beli di internet sedikit berlainan dari urus niaga biasa. Jika anda tiada pengalaman membuat pembelian secara elektronik sebelum ini, adalah penting untuk anda mengetahui tips dan risiko apabila membuat pembelian melalui talian dengan orang tak dikenali.

Pelanggan-pelanggan di Arramy.com bertanggung-jawab untuk membaca dan memahami dokumen-dokumen yang dilampirkan melalui pautan di bawah SEBELUM membuat pembelian.

kpdnkk logoKedua-dua dokumen ini disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Malaysia dan sesuai sebagai rujukan untuk sebarang transaksi perdagangan di dalam talian di Malaysia.

1. Panduan Membuat Pembelian di Internet.

Jadilah pengguna yang bijak dan pelajarilah cara-cara yang selamat untuk membuat pembelian di mana-mana laman web.

Ketahui hak-hak anda sebagai pembeli dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari terdedah kepada penipuan dan kerugian kepada wang Ringgit.

Pautan (1) – Panduan Dalam Menjalankan Transaksi Elektronik untuk Pengguna

2. Peraturan Urus Niaga Perdagangan di Internet.

Bermula 1 Julai 2013, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan melalui kuasa menteri  di bawah;

Perenggan 150(2)(a) Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599],

akan menguatkuasakan Akta Pelindungan Pengguna 1999 di bawah Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (urus niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Peraturan-peraturan ini apabila berkuat-kuasa sepenuhnya akan meliputi seluruh transaksi jual-beli internet di Malaysia, yang meliputi penjual dan juga pengendali pasar di dalam talian.  Antara lain peraturan ini di rangka untuk:

i. Mengawal-selia dan menyeragamkan urusan jual-beli di dalam talian.

ii. Membasmi penipuan di dalam transaksi dan urusan jual-beli di dalam talian.

iii. Menggariskan dan melindungi hak pembeli semasa membuat pembelian di laman web.

Pautan (2) – Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus niaga Perdagangan
Elektronik) 2012