Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Perkhidmatan Selepas Jualan - Arramy Achership Supply

Perkhidmatan Selepas Jualan

Arramy Archership Supply bukan sebuah Archery Pro Shop dan kami tidak menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang sebagaimana komprehensif kepada pelanggan sebagaimana model perniagaan yang demikian.

Bagaimanapun kami bersedia membantu dalam banyak perkara susulan yang diperlukan untuk menjaga dan menyelenggara set busur dan panah anda.

Pemulangan Barang yang Dijual

– Barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan, melainkan barang yang asal rosak dari kilang. Perlu ditegaskan Arramy Archership Supply menjalankan pemeriksaan ke atas produk yang diorder untuk  memastikan ia berfungsi dalam keadaan baik sebelum mengepos kepada pembeli. Dalam setiap keadaan kami tidak akan menghantar barang yang cacat atau rosak kepada pelanggan.

Barang yang tersilap hantar boleh dihantar pulang untuk diganti dengan barang yang sebenar tanpa kos.

Jaminan Waranti

– Produk-produk yang dijual melalui internet pada umumnya tidak mempunyai waranti. Arramy Archership Supply tidak menawarkan waranti kepada produk yang dijual, melainkan waranti dari pihak pengeluar (manufacturer’s warranty) jika ada. Selain tempoh waranti selama setahun untuk busur-busur tradisional buatan Hungary, waranti pengeluar busur jenis lain hanya terhad kepada pembeli pertama, iaitu pihak kami di Arramy.com yang bertindak sebagai penjual semula (reseller). Bagaimanapun, waranti pengeluar sebegini masih boleh dituntut oleh pembeli di Arramy.com dengan menanggung kos untuk penghantaran ke negara pengeluar.

Pihak pengeluar menetapkan proses menuntut waranti oleh pembeli antarabangsa memerlukan kelulusan awalan di samping kos penghantaran. Kami di Arramy.com akan membantu dalam kes-kes yang tulen; yang dilindungi oleh waranti dan yang mana kerosakan pada produk adalah jelas berpunca dari kecacatan asal dan kesilapan semasa pengeluaran.

Pihak pembeli perlu mengemukakan gambar-gambar perincian kerosakan pada busur melalui email kepada kami untuk dilanjutkan kepada pengeluar untuk tujuan mengenal-pasti punca kerosakan dan mendapatkan kelulusan untuk tuntutan waranti sebelum produk dihantar pulang kepada pengeluar yang berkenaan.

Kerosakan selalunya hanya melibatkan busur jenis kompaun (compound), yang berpunca dari perbuatan menembak tanpa anak panah (dry fire) dan memulas tali busur (string twisting) yang cenderung untuk menyebabkan gelinciran tali/kabel dari alur takal (cam), merosakkannya sehingga bengkok, atau lebih teruk lagi, mengakibatkan kerosakan kekal ke atas lengan busur (limb). Menembak anak panah yang terlalu ringan, yang di bawah spesifikasi yang sesuai untuk beban tarikan busur berkenaan juga boleh mengakibatkan kerosakan yang serupa. Jenis-jenis kerosakan sebegini TIDAK mendapat pelindungan waranti dan sangat senang untuk dikesan oleh pihak pengeluar.

Untuk busur berangkai (3-piece recurve), sesetengah pengeluar memberi waranti sehingga seumur hidup untuk pemegang (riser) dan kebiasaannya hanya setahun untuk lengan busur. Busur tradisional juga pada kebiasaannya mempunyai satu tahun waranti. Bagi busur kompaun, waranti berbeza-beza mengikut pengeluar atau jenama busur, yang boleh dirujuk di laman-laman web yang berkenaan.

Barang Gantian

-Barang gantian (spare part) boleh didapati di Arramy.com mengikut permintaan. Bagaimanapun disebabkan barang-barang ini selalunya bersifat sedikit, kecil dan berharga rendah, kami hanya akan membawa masuk dengan menumpang lain-lain parcel penghantaran untuk pembelian biasa. Masa penerimaan akan bergantung kepada kesempatan dan keadaan semasa.

Penjajaran dan Pelarasan Tetapan Busur Kompaun

– Penjajaran (tuning) dan pelarasan tetapan (setting) pada busur adalah perkhidmatan berbayar. Kami tidak menawarkan perkhidmatan ini pada masa sekarang. Walaubagaimanapun kami boleh membuat rekomendasi untuk penjajar (tuner) busur persendirian berpengalaman yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang sangat munasabah. Perkhidmatan pelarasan hanya melibatkan jenis-jenis busur kompaun tertentu yang memerlukan pengapit (clamp) untuk membuat perubahan semula pada tetapan, seperti pada beban tarikan (poundage) dan panjang tarikan (draw length).

Pelarasan semula tetapan dan penjajaran kebiasaannya diperlukan setelah keupayaan dan kemahiran memanah meningkat atau apabila memasang barang gantian.

Busur kompaun yang dijual di Arramy.com telah dipersiapkan dengan tetapan mengikut spesifikasi pelanggan dan dibuat penjajaran sebagaimana perlu oleh pihak pembekal.

Untuk busur biasa, kami menggalakkan pelanggan-pelanggan belajar dan membuat penjajaran sendiri, termasuklah pada pemasangan titik cagak (nocking point).

Pembaikan Kerosakan

– Ini adalah perkhidmatan berbayar. Kami tidak menawarkan perkhidmatan ini pada masa sekarang. Pada umumnya, tiada pembaikan akan dilakukan ke atas busur-busur yang rosak melainkan dengan hanya mengganti komponen yang rosak dengan komponen baru.