Warning: file_get_contents(http://s3.amazonaws.com/browscap/autoload.txt): failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 403 Forbidden in /home/arram6/public_html/wp-content/plugins/wp-slimstat/browscap/browser.php on line 73
Terma Order dan Pembelian - Arramy Achership Supply

Terma Order dan Pembelian

NOTIS PENTING SEPTEMBER 2013

Mulai 1 September 2013, kami menangguhkan penerimaan urus-niaga secara order melalui web shopping cart dan akan memberi tumpuan hanya kepada jualan produk di dalam stok secara manual (melalui telefon, email dan mesej di laman Facebook). Ini kerana tempahan busur kepada pembekal dan tukang pembuat dari Hungary seperti Grozer Csaba mengambil masa yang agak lama dan selalu berlaku kelewatan dari tarikh yang dijanjikan kerana permintaan yang tinggi.

Selain itu, jualan produk-produk memanah dan penghantaran secara Poslaju masih berjalan seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali.

Untuk maklumat mengenai inventori stok semasa produk, sila ke laman utama atau page facebook kami.

Terma Order dan Pembelian Web Shopping Cart di Arramy.com

Kesemua produk di dalam shopping-cart yang dihantar semasa check-out adalah masih di peringkat pre-order yang perlu disahkan kepada pengakuterimaan order. Ini untuk tujuan perbandingan dengan stok sebenar dan mengelakkan barang order masuk ke dalam status ‘backorder’ dengan pembekal utama seterusnya menyebabkan kelewatan.

Kami akan merekomen barang yang setara seandainya produk yang diingini tiada dalam stok atau pelanggan boleh memilih untuk meneruskan dengan backorder produk tersebut, tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan.

Pelanggan dengan itu boleh membuat pembayaran untuk order pembelian.

Akaun Bank untuk Pembayaran
Sebut-harga dan pembayaran adalah dalam Ringgit Malaysia. Pembayaran boleh dibuat secara online transfer/deposit secara tunai kepada akaun-akaun bank yang tertera di dalam email. Bukti pembayaran perlulah diemel kepada kami sebagai pemula transaksi pembelian.

Pembayaran Melalui Kad Kredit
Untuk masa ini, pihak Arramy Archership Supply TIDAK menerima pembayaran melalui mana-mana kad kredit.

Pembetulan Kesilapan dan Pengakuterimaan Order
Pelanggan masih boleh membuat pembetulan/perubahan walaupun kepada order yang telah diakuterima. Sila maklumkan hendak membuat pembetulan dan mulakan semula proses order yang baru pada laman web. Kami akan batalkan order anda yang sebelumnya.

Pengakuterimaan order hanya akan disahkan oleh tindakan pelanggan dengan membuat pembayaran sebagaimana amaun di dalam order. Tarikh dan masa pembayaran dibuat akan dikira sebagai waktu bermulanya penguatkuasaan kepada order dan transaksi pembelian.

Setiap pre-order dari pelanggan pada kebiasaannya akan diproses secara manual dalam tempoh 24 jam. Selepas pembayaran dibuat, barang-barang order akan melalui proses order terus kepada pembekal ANTARABANGSA dan dijangka mengambil masa antara 3-4 minggu untuk sampai. Jangka-masa tersebut adalah untuk merekod, pengakuterimaan dan pemprosesan order, membekalkan stok, pemasangan, ubah-suai, pembungkusan dan penghantaran barang secara pos udara dari pembekal untuk dipos semula kepada alamat pelanggan sebaik sahaja tiba ke Malaysia.

Mengapa 3-4 Minggu untuk Penghantaran?
3-4 minggu adalah tempoh yang minimum untuk kualiti perkhidmatan POS Antarabangsa yang murah dan dijamin. Yang demikian antara lain adalah supaya harga jualan di Arramy Archership Supply kekal rendah.

Jika anda ingin membeli set peralatan memanah yang mahal di kedai Archery Pro Shop yang ternama di Malaysia, mereka juga memerlukan tempoh masa yang sama untuk membuat order dengan pembekal luar. Arramy Archership Supply menawarkan harga yang lebih murah di samping penghantaran terus ke rumah.

Turutan Membuat Pembelian
Secara ringkas, setiap pembelian akan melalui peringkat-peringkat berikut;

PRE-ORDER >> PENGAKUTERIMAAN ORDER >> BUKTI BAYARAN >> ORDER KEPADA PEMBEKAL>> PENGHANTARAN (3-4 MINGGU UNTUK BARANG SAMPAI)

Setiap order yang dihantar diproses secara berasingan. Selepas pembayaran dan order dihantar kepada pembekal utama, TIADA lagi sebarang pengurangan atau penambahan kepada order akan dibenarkan. Pembelian dikira muktamad pada peringkat ini dan pelanggan tidak lagi berhak untuk membatalkan order. Pelanggan yang ingin menambah produk ke dalam pembelian boleh membuat order yang baru.

Pemulangan Wang
Pemulangan wang hanya akan diputuskan selepas habis tempoh penghantaran semula (re-shipment) dari pembekal utama. Walaupun sangat jarang, ia mungkin terjadi disebabkan isu teknikal, atau barang hilang semasa penghantaran. Ini kebiasaannya akan mengambil masa tambahan sehingga 3-4 minggu dari masa penghantaran yang asal DIJADUALKAN sampai. Pemulangan wang hanya akan dilakukan selepas penghantaran barang yang dipesan adalah MUKTAMAD tidak dapat dilaksanakan.

Penghantaran Lewat Sampai
Barang-barang yang popular, kekurangan stok, di samping order yang terlalu banyak adalah antara faktor akan menyebabkan kelewatan barang dihantar oleh pihak pembekal.

Ruang Jualan Arramy Archership Supply
Arramy Archership Supply bukan sebuah Archery Pro Shop dan tidak mempunyai ruang jualan. Kami adalah syarikat pemilikan tunggal yang beroperasi secara konsep home-shop dan berurus-niaga secara direct mail order. Ini untuk mengurangkan kos operasi seperti gaji pekerja dan sewa kedai seterusnya membolehkan kami menjual pada harga yang lebih RENDAH di bawah harga pasaran.

MAKLUMAT PERNIAGAAN

Nama Perniagaan: Arramy Archership Supply

No. Pendaftaran Perniagaan: 002229406-H

Alamat Daftar Syarikat:

16-16-2 Kondominium Midah Ria
Jalan Midah 8, Taman Midah
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Alamat Operasi:

06-15B Blok B
Pangsapuri Larkin Indah
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Jenis Perniagaan:

  1. Mengimport, membekal dan menjual peralatan sukan memanah.
  2. Menyediakan perkhidmatan lapang sasar memanah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi (Fahmi):

Mobile-line: 019-2301630
Home-line: 07-2346264

Waktu Bekerja

8.00 am – 6.00 pm SETIAP hari

Rehat:-

i) +-15 minit SEBELUM dan +-30 minit SELEPAS waktu solat Zuhur dan Asar.

ii)  Waktu solat Jumaat.